Official Trailer

Trailer Pertama CANDYMAN Telah Dilancarkan

Views

MGM dan Universal Pictures telah melancarkan trailer pertama Candyman, sekuel kepada filem seram klasik yang diterbitkan pada 1992. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Diarahkan Nia DaCosta (Little Woods) berdasarkan skrip yang ditulis oleh Jordan Peele dan Win Rosenfeld. Filem kali ini membawa penonton kembali ke kawasan kejiranan yang terletak di Chicago dimana legenda itu bermula.

Bintang Aquaman, Yahya Abdul-Mateen II akan memainkan watak utama, yang mana karakternya menjadi obeses terhadap legenda pembunuh bersiri. Dia disertai aktres Teyonah Parris, Colman Domingo dan Nathan Stewart-Jarret.

Candyman akan ditayangkan di Amerika Syarikat pada 12 Jun 2020. Tarikh tayangan di Malaysia lagi tidak diketahui.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks