Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Siri TV

Trailer Penuh “The Falcon and The Winter Soldier” Paparkan Falcon Menggunakan Perisai Captain America

Disney+ dan Marvel Studios telah melancarkan trailer penuh The Falcon and The Winter Soldier menjelang tayangannya pada Mac ini. Anda boleh tontonnya dibawah.

Perincian plot masih belum didedahkan, tetapi siri enam episod ini akan menjadi penggembaraan global kerana kedua-dua wira itu bekerjasama dengan Sharon Carter (Emily VanCamp) dalam usaha menghentikan konspirasi baru yang dilakukan oleh penjahat terkenal, Baron Zemo (Daniel Brühl) .

The Falcon and the Winter Soldier merupakan salah satu siri Marvel Disney+ akan datang. Siri ini dibintangi pelakon seperti Anthony Mackie (Avengers: Endgame), Sebastian Stan (Avengers: Endgame), Daniel Brühl (Captain America: Civil War), Emily VanCamp (Captain America: Civil War), Wyatt Russell (Overlord), Adepero Oduye (The Big Short), Desmond Chiam (The Shannara Chronicles), Miki Ishikawa (The Terror), Noah Mills (The Enemy Within), dan Carl Lumbly (Supergirl).

Kari Skogland (The Punisher) mengarah kesemua enam episod minisiri ini dengan Malcolm Spellman (Empire) bertindak sebagai ‘showrunner’.

The Falcon and the Winter Soldier akan bersiaran di laman penstriman Disney+ pada 19 Mac 2021.

Related posts

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment