Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
AnimeOfficial Trailer

Trailer Penuh “Pacific Rim: The Black” Previu Siri Anime Terbaru Netflix

Netflix telah melancarkan trailer penuh Pacific Rim: The Black yang menampilkan dua juruterbang muda Jaeger ketika mereka menentang baka kaiju yang baru.

Berdasarkan filem Pacific Rim terbitan Legendary dan Warner Bros., siri ini boleh didapati di Netflix pada 4 Mac ini. Anda boleh saksikan trailer dibawah. 


Suatu masa dahulu, umat manusia telah menewaskan Kaiju. Kini, mereka terpaksa mengosongkan Australia. Sepasang adik-beradik dan Jaegar yang sudah lama tidak digunakan telah merentas benua, dalam misi bahaya mencari ibubapa mereka. 

Craig Kyle (Thor: Ragnarok) dan Greng Johanson (X-Men: Evolution) bertindak sebagai showrunner untuk produksi Legendary Entertainment. 

Animasi ini akan mengembangkan lagi dunia Pacific Rim yang telah dimulakan oleh Guilermo del Toro pada 2013.

Filem pertama mengikuti peperangan diantara umat manusia dan Kaiju dimana bekas juruterbang dan pelatih baru telah bergabung untuk mengerakkan senjata khas yang sudah usang dalam usaha terdesak mereka untuk menyelamatkan dunia dari kiamat.

Pacific Rim ditulis oleh Travis Beacham bersama del Toro dan dibintangi Charlie Hunnam, Idris Elba, Rinko Kikuchi, Ron Perlman, dan Charlie Day. Filem kedua berjudul Pacific Rim: Uprising telah dihasilkan pada 2018 dan diarahkan Steven S. DeKnight serta dibintangi John Boyega, Scott Eastwood, dan Cailee Spaeny.

 

 

Related posts

Siri Asli Disney/Pixar CARS ON THE ROAD Akan Membuat Debut Pada Hari Disney+ Hotstar, 8 September Ini

Kakimuvee

[VIDEO] CAVE RESCUE: Misi Menyelamat Pelajar Yang Terperangkap Dalam Gua Tham Luang

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Kongsikan Trailer & Poster Terbaru Siri Star Wars “ANDOR’ Yang Akan Datang

Kakimuvee

Trailer & Poster Rasmi ABANG LONG FADIL 3 Telah Dilancarkan!

Kakimuvee

Klip Video She-Hulk: Attorney At Law Latihan Diantara Hulk & Jennifer

Kakimuvee

[TRAILER] Alami Ketakutan PENGABDI SETAN 2 – COMMUNION Apabila Ia Ditayangkan Di Pawagam 11 Ogos Ini

Kakimuvee

Leave a Comment