Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Trailer Penuh “Hitman’s Wife’s Bodyguard” Pasti Buatkan Korang Terhibur

Lionsgate telah melancarkan trailer penuh filem aksi-komedi sekuel, Hitman’s Wife’s Bodyguard, lakonan Ryan Reynolds, Samuel L. Jackson dan Salma Hayek, yang kembali sebagai pengawal peribadi tidak berlesen, pembunuh upahan yang suka menyusahkan orang, dan isteri pembunuh upahan.

Video tersebut memberikan rakaman terbaru yang menyoroti telatah gila trio ini, dengan Kincaids terus membuatkan kehidupan Michael Bryce menjadi seperti neraka. Ia juga membawa penonton melihat lebih dekat dengan barisan pelakon baru seperti Antonio Banderas, Morgan Freeman, dan Frank Grillo. Sekuel ini dijadualkan tiba di pawagam pada 16 Jun.

Pasangan pelik yang paling merbahaya di dunia – pengawal peribadi Michael Bryce (Ryan Reynolds) dan pembunuh upahan Darius Kincaid (Samuel L. Jackson) – kembali dalam misi yang mengancam nyawa. Masih tidak berlesen dan dalam pemantauan, Bryce dipaksa menjaga isteri Darius, yang juga penipu terkenal Sonia Kincaid (Salma Hayek).

Ketika Bryce cuba menjaga pasangan suami isteri itu, mereka secara tidak langsung terlibat dalam plot global, dan tidak lama kemudian mereka mendapati bahawa mereka berhadapan dengan seluruh Eropah dan orang gila yang sangat berdendam dan kuat (Antonio Banderas). Turut menyertai keseronokan dan kekacauan yang cukup gila adalah Morgan Freeman yang akan berperanan sebagai … anda mesti melihat filem ini di pawagam nanti. 

Patrick Hughes kembali ke kerusi pengarahan bersama penulis asal Tom O’Connor yang menulis cerita dan lakon layar bersama-sama Philip dan Brandon Murphy. Syarikt Millennium Media menjadi penerbit bersama-sama Les Weldon, Christa Campbell dan Lati Grobman. 

The Hitman’s Wife’s Bodyguard sepatutnya ditayangkan pada 28 Ogos tahun lalu, tetapi ditunda disebabkan pandemik global. Filem pertama yang dilancarkan pada 18 Ogos 2017 berjaya mengutip AS$180 juta dolar seluruh dunia dan turut menampilkan pelakon terkenal seperti Gary Oldman, Elodie Yung, Joaquim de Almeida, Kirsty Mitchell dan Richard E. Grant, bersama Reynolds, Jackson dan Hayek.

Related posts

SERIGALA LANGIT TAYANG DI ASTRO FIRST 25 SEPTEMBER 2021

Kakimuvee

Chris Pratt Bintangi Filem Super Mario Bros.

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Dune Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Red Band Animasi “Injustice” Tunjuk Kekejaman Superman

Kakimuvee

Venom: Let There Be Carnage Akan Ditayangkan Di Pawagam Malaysia 11 November Ini

Kakimuvee

Riot Games & Netflix Dedahkan Poster Karakter “Arcane” & Barisan Pelakon Suara

Kakimuvee

Leave a Comment