Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

[Trailer] Pandangan Pertama Filem Terbaru Russo Brothers Bersama Tom Holland “Cherry”

Pengarah Avengers: Endgame Joe dan Anthony Russo kembali bergandingan dengan bintang Spider-Man Tom Holland dalam filem drama jenayah berjudul Cherry. Kedua-dua pengarah itu telah kongsikan trailer pertama filem akan datang menerusi akaun Twitter mereka. Anda boleh saksikannya dibawah. 

Cherry menceritakan kisah sebenar penulis Nico Walker (yang dilakonkan Holland), seorang anggota perubatan tentera yang kembali dari Iraq dengan PSTD yang tidak didiagnosis, Dia mengalami ketagihan opiod dan mula merompak bank. Walker telah ditangkap pada 2011 dan telah dilepaskan dari penjara pada 2020.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Ciara Bravo (Wayne) sebagai isteri Walker, Kelli Burglund (Now Apocalypse), Jack Reynor (Midsommar), Forrest Goodluck (The Revenant), Jeff Wahlberg (Dora and the Lost City of Gold), Michael Gandolfini (The Deuce) , Kyle Harvey (The After Party), dan Thomas Lennon (Reno 911!).

Filem ini diadaptasikan oleh Jessica Goldberg (The Path) bersama Angela Ostot (The Shield). Russo Brothers turut bertindak sebagai penerbit bersama-sama Chris Castaldi.

Cherry akan tayangan dipawagam pada 26 Februari 2021 dan platform streaming Apple TV+ pada 12 Mac 2021.

Related posts

Segalanya Musnah Dalam Promo Terakhir “WandaVision”

Kakimuvee

[Trailer] Netflix Dedah Tarikh Tayangan “To All the Boys: Always and Forever”

Kakimuvee

Layla Majnun is Coming to Netflix in February

Isqandar

“The Penthouse” ‘Tease’ Kejutan Musim Ke-2 Melalui Trailer Pertama

Zulaikha

Klip Rasmi “WandaVision” Papar Dua Watak Utama Cuba Ingati Hari Istimewa Mereka

Kakimuvee

Amazon Lancar Trailer “Bliss”, Filem Sci-Fi Drama Lakonan Owen Wilson & Salma Hayek

Isqandar

Leave a Comment