Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Trailer “Oppenheimer” Tampil Lebih Banyak Rakaman Baharu Untuk Filem Arahan Christopher Nolan Yang Akan Datang.


Universal Pictures telah mengeluarkan trailer baharu Oppenheimer untuk filem Christopher Nolan yang akan datang. Filem tersebut dijadualkan tayangan di pawagam pada 21 Julai 2023. 

Seperti yang dilihat dalam treler Oppenheimer dibawah, Cillian Murphy memainkan watak J. Robert Oppenheimer dan Emily Blunt sebagai isterinya, ahli biologi dan ahli botani Katherine “Kitty” Oppenheimer. Sementara itu, Matt Damon menggambarkan watak Jeneral Leslie Groves Jr., pengarah Projek Manhattan, dan Robert Downey, Jr. sebagai Lewis Strauss, pesuruhjaya pengasas Suruhanjaya Tenaga Atom A.S.

Anda boleh tonton trailer Oppenheimer dibawah:

Oppenheimer bakal menampilkan Cillian Murphy sebagai saintis J. Robert Oppenheimer, dan dia akan dibantu pelakon-pelakon yang cukup hebat yang terdiri daripada Emily Blunt, Matt Damon, Robert Downey Jr., Florence Pugh, Rami Malek, Kenneth Branagh, Dane DeHaan, Dylan Arnold, David Krumholtz, Alden Eherenreich, dan Matthew Modine.

Berdasarkan buku pemenang Hadiah Pulitzer tahun 2005 American Prometheus: The Triumph and Tragedy of J. Robert Oppenheimer, filem ini bakal menjadi satu lagi karya visual daripada Nolan.


Thriller epik yang dirakam dengan IMAX mendorong penonton ke dalam paradoks yang mendebarkan tentang lelaki misterius yang mesti mengambil risiko memusnahkan dunia untuk menyelamatkannya,” menurut logline


Related posts

Lionsgate Dedah Trailer Terbaru The Ballad of Songbirds & Snake

Kakimuvee

Christopher Nolan Antara Yang Dirisik Untuk Arahkan Filem Terbaru James Bond

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee

Justin Timberlake Kembali Dengan Kumpulannya Dalam Trailer Trolls Band Together

Kakimuvee

Video Teaser Saw X Usik Kengerian Filem Terbaru Melalui Permainan Papan

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terbaru DC

Kakimuvee