Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Ocean’s 8 Telah Dilancarkan, Mereka Merancang Untuk Mencuri Hati Anda

Warner Bros. Pictures telah melancarkan trailer pertama filem spinoff Ocean Eleven yang berjudul Ocean’s 8. Anda boleh tonton trailer tersebut di pemain video dibawah.

Filem Ocean’s 8 ini mengisahkan Debbie Ocean (lakonan Sandra Bullock) iaitu adik kepada Danny Ocean yang merancang untuk melakukan satu rompakan di sebuah majlis gilang gemilang yang terletak di kota New York. Bagi merealisasikan rancangannya itu, Debbie telah mengumpul krew-krewnya yang hebat yang terdiri daripada 7 wanita iaitu Lou (Cate Blanchett), Nine Ball (Rihanna), Amita (Mindy Kaling), Constance (Awkwafina), Rose (Helena Bonham Carter), Daphne Kluger (Anne Hathaway), dan Tammy (Sarah Paulson) untuk melakukan rompakan tersebut.

Diarahkan oleh pengarah filem The Hunger Games, Gary Ross dan ditulis oleh Olivia Milch, Ocean’s 8 juga turut menampilkan salah seorang krew Danny Ocean sebagai watak cameo iaitu Linus Caldwell lakonan Matt Damon.

Ocean’s 8 bakal menemui penonton pada 7 Jun 2018 (tayangan Malaysia)

Related posts

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment