Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Trailer Musim 3 “The Mandalorian” Goda Kepulangan Watak Utama Ke Mandalore


Trailer rasmi pertama Musim Ketiga The Mandalorian yang dinantikan, telah pun dilancarkan, menggoda penggembaraan besar yang akan dilalui Din Djarin dan Grogu. 

Treler baharu itu, yang dilancarkan semasa Ekspo D23, menyaksikan Din Djarin bersatu semula dengan Grogu. Ia juga memperlihatkan pratonton konfrontasinya yang akan datang dengan Bo-Katan Kryze, seorang pahlawan Mandalorian yang sedang mencari Darksaber semasa musim kedua siri ini, dengan matlamatnya untuk membebaskan Mandalore dan memulihkan keamanan planet ini.

Anda boleh tonton trailer terbaru The Mandalorian Musim ketiga dibawah:

The Mandalorian baru-baru ini menamatkan produksi musim ketiganya, yang menyaksikan pengembaraan Din Djarin (Pablo Pascal), seorang pahlawan Mandalorian, diteruskan. Watak Pascal itu juga baru-baru ini muncul dalam siri Disney+ The Book of Boba Fett.

Siri Star Wars ini diterajui Pedro Pascal sebagai pahlawan tunggal Mandalorian di kawasan luar galaksi.


The Mandalorian berasal dari penerbit eksekutif Jon Favreau, Dave Filoni, Kathleen Kennedy, Colin Wilson, Keren Gilchrist dan Carrie Beck. Favreau juga berkhidmat sebagai ‘showrunner’ dan salah seorang pengarah untuk siri ini.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

The Mandalorian Bakal Mendapat Filem Sulung

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

5 Oppa K-Drama Menawan Untuk Diimpikan Pada Krismas Ini

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee