Berita

Trailer Morbius, The Living Vampire Dilaporkan Bakal Menemui Peminat Minggu Hadapan

Sejak diumumkan Januari 2019, hanya sedikit informasi mengenai Morbius didedahkan kepada umum

Views

Filem Morbius telah ditetapkan tarikh tayangannya pada 31 Julai ini, tetapi peminat masih tidak dapat mengentahui sebarang butiran lanjut mengenai filem tersebut, termasuklah gambar-gambar rasmi dari Sony Pictures sejak ia diumumkan awal tahun lalu.

Apa yang kita ketahui sekarang, Daniel Espinosa merupakan pengarah filem Marvel ini, dan Jared Leto membawa peranan utama sebagai Morbius, tetapi selebihnya, tidak didedahkan kepada peminat.

Bagaimanapun terdapat perkembangan terbaru yang mungkin memberi sedikit informasi kepada peminat. Menurut sumber dari trailer-track.com, Sony mungkin telah merancang untuk melancarkan teaser trailer pertama Morbius pada minggu hadapan semasa tayangan hari pertama Bad Boys For Life dipawagam. Selain itu juga, laman tersebut turut mendedahkan rating filem, iaitu PG-13.

Setakat ini tidak pengesahan rasmi dari Sony Picture, kita mungkin terpaksa sekurang-kurang sehingga minggu hadapan untuk mengentahui perkembangan projek filem Morbius. 

Selain Leto, filem superhero / seram ini turut dibintangi Adria Arjona, Matt Smith, Jared Harris, dan Tyrese Gibson

Morbius pertama kali diperkenalkan dalam komik The Amazing Spider-Man #101 pada tahun 1971. Dr. Michael Morbius merupakan seorang pakar dalam bidang biokimia. Bagaimanapun dia terdedah pada darah dari kelawar vampir. Kesan daripada itu, dia bertukar menjadi individu yang dahagakan darah, dan mempunyai ciri-ciri serta abiliti seperti vampir. Morbius merupakan karakter antihero dan pernah menyertai beberapa kumpulan superhero seperti S.H.I.E.L.D., Legion of Monster, A.R.M.O.R dan Agents of Wakanda

BACA:  Wabak Coronavirus Memaksa MGM Menukar Tarikh Tayangan NO TIME TO DIE

Tinggalkan Balasan

shares