Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSiri TV

Trailer Money Heist Musim Ke-5 Bab. 1: Menyerah Diri Bukanlah Pilihan


Netflix akhirnya telah melancarkan trailer rasmi untuk ansuran kelima dan terakhir Money Heist, yang dijadualkan untuk kembali pada 3 September ini dengan Musim Ke-5 Jilid 1. 

Trailer dibawah menyoroti usaha pasukan untuk melawan tentera ketika mereka berusaha bertahan tanpa bimbingan Profesor, yang telah ditawakan oleh Alicia. Oleh kerana itu, Lisbon kini menjadi pemimpin de facto yang mendorong mereka memperjuangkan hidup mereka. Selain urutan penuh aksi, video itu juga memberikan kepada kita pratonton beberapa babak ‘flashback’ yang kita akan jangkakan pada separuh pertama musim terakhir yang melibatkan masa lalu Berlin dan Tokyo.

Tonton trailer Money Heist Musim 5 Bab 1 dibawah berserta poster terbaru. 

Dalam Musim Ke-5, kumpulan itu telah dikepung di Bank of Spain selama lebih dari 100 jam. Mereka berjaya menyelamatkan Lisbon, tetapi saat paling gelap akhirnya menimpa mereka setelah kehilangan salah satu dari orang mereka sendiri. Profesor telah ditangkap oleh Sierra dan, untuk pertama kalinya, mereka tidak mempunyai rancangan untuk melarikan diri. Ketika semuanya menjadi tidak menentu, musuh yang hadir nampaknya lebih hebat dari apa yang pernah mereka hadapi: pasukan tentera. Penghujung pencurian terbesar dalam sejarah semakin hampir, dan apa yang bermula sebagai rompakan akan berubah menjadi perang.

Siri ini dibintangi Álvaro Morte, Úrsula Corberó, Itziar Ituño, Pedro Alonso, Alba Flores, Miguel Herrán, Jaime Lorente, Esther Acebo, Darko Perić, dan Paco Tous. Ia juga menampilkan Hovik Keuchkerian, Rodrigo de la Serna, Najwa Nimri, Luka Peros, Belen Cuesta, Fernando Cayo, dan Enrique Arce. Musim Ke-5 turut memperkenalkan barisan pelakon baru seperti Miguel Ángel Silvestre dan Patrick Criado.


Money Heist dicipta oleh Álex Pina, yang turut berkhidmat sebagai penerbit eksekutif bersama Sonia Martínez, Jesús Colmenar, Esther Martínez Lobato dan Nacho Manubens. Netflix turut menghasilkan adaptasi Korea Selatan 12-episod dari BH Entertainment dan Contents Zium. Siri ‘remake’ Korea Selatan akan dipimpin oleh Yoo Ji-Tae sebagai Profesor, Park Hae-Soo sebagai Berlin, dan Jun Jung-Seo sebagai Tokyo.

https://youtu.be/Rs24xW_K47o


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee