Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Tempatan

Trailer “Mat Kilau” Papar Perjuangan Anak Bangsa Melawan Penjajah

Studio Kembara telah melancarkan trailer rasmi filem aksi sejarah tempatan Mat Kilau yang dinantikan, menggoda perjuangan anak bangsa dalam menentang penjajahan British. Filem arahan Syamsul Yusof ini telah diitetapkan tayangan pada 23 Jun 2022. 

Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah:


Pelakon Datuk Adi Putra diberi tanggungjawab menghidupkan darah pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau, dan beliau turut disertai beberapa pelakon hebat termasuklah Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang), Johan As’ari (Yassin) dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga.

Filem yang mengisah seorang pahlawan Melayu Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, bangkit menentang penjajahan British ini turut dikuatkan dengan barisan aktor dan aktres terbaik tanah air seperti Datuk Jalaluddin Hassan, (Hj. Muhammad), Datuk Rahim Razali, (Imam Bottoqh) Namron, (Hj. Sulong), Shaharuddin Thamby, (Datuk Bahaman) dan Ellie Suriaty, (Ibu Yassin).

Menelan belanja RM8 juta, Mat Kilau menjalani penggambaran selama 100 hari dengan sebahagiannya dijalankan di Perak dan beberapa lokasi lain termasuk Pahang, Melaka dan Selangor.

Related posts

[VIDEO] Nathalie Emmanuel Terperangkap Dalam Perkahwinan Pontianak Dalam Trailer “The Invitation”

Kakimuvee

Filem Bertema Keagamaan “Cinta Subuh” Akan Menemui Penonton Seminggu Sebelum Hari Raya Aidildha

Kakimuvee

“Mat Kilau” Terus Tambah Kutipan Tiket, Kumpul RM3 Juta Dalam Tempoh 3 Hari

Kakimuvee

“Mat Kilau” Catat Kutipan RM1 Juta Pada Hari Pertama

Kakimuvee

Viu Hasilkan Semula K-Drama Popular, She Was Pretty dalam Bahasa Malaysia

Kakimuvee

[VIDEO] Buaya Menyanyi Riang Ria Dalam Teaser “Lyle, Lyle, Crocodile”

Kakimuvee

Leave a Comment