Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Trailer “Malignant” Goda Kengerian Baru Dari James Wan

Warner Bros. Pictures dan New Line Cinema telah melancarkan trailer terbaru untuk filem seram-ngeri arahan James Wan, Malignant, yang dijadualkan tayangan di HBO Max dan pawagam pada 10 September. Selain memberikan beberapa rakaman terbaru yang menakutkan, video dibawah turut menampilkan temuramah bersama James Wan. 

James Wan menggambarkan filem bertaraf ‘R-Rating’ itu sebagai sesuatu yang baru dan berbeza, yang ingin dilihat penonton, sertan mengingatkan tentang filem seramnya sebelumnya. Anda boleh tonton trailer terbaru Malignant dibawah.

Malignant dibintangi Annabelle Wallis (Annabelle), George Young (Containment), Maddie Hasson (Mr. Mercedes), Michole Briana White (Encino Man), Jacqueline McKenzie (Pine Gap), Jake Abel (Supernatural), Ingrid Bisu (The Conjuring: The Devil Made Me Do It) dan McKenna Grace (Annabelle Comes Home).

Berdasarkan cerita oleh Wan dan Ingrid Bisu, Malignant diarahkan oleh James Wan dari lakon layar yang ditulis oleh Akela Cooper, yang juga sedang menulis skrip untuk The Nun 2. Filem ini diterbitkan oleh Wan dan Michael Clear, bersama Eric McLeod, Judson Scott, Bisu, Peter Luo, Cheng Yang, Mandy Yu, dan Lei Han yang berkhidmat sebagai penerbit eksekutif. Musik digarap oleh Joseph Bishara, yang telah menghasilkan skor untuk semua tujuh filem di “The Conjuring” Universe.

Related posts

HBO AND HBO MAX WIN 19 EMMY AWARDS

Kakimuvee

Fan-Art ‘What If…?’ Dedah Versi Live-Action Marvel Zombie – Captain America, Thanos, & Scarlet Witch

Kakimuvee

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

Three Programs To Get You More Excited For TUDUM

Zulaikha

iQiyi Dedah Trailer Terbaru Untuk K-Siri Asli Yang Akan Datang “Jirisan”

Zulaikha

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3

Kakimuvee

Leave a Comment