Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Trailer Logan & Guardians Of The Galaxy Vol. 2 Akan Dikeluarkan Tidak lama Lagi

wolverine-3-trailer-images-preview

Logan dan Guardians of the Galaxy Vol.2  antara dua filem yang bakal meletup pada tahun hadapan. Logan akan ditayangkan pada 3 Mac 2017 manakala Guardians of the Galaxy Vol. 2 pula akan ditayangkan pada 5 Mei 2017.

Walaupun tarikh tayangan telah ditetapkan, namun peminat dikatakan tidak sabar untuk menonton trailer kedua-dua filem karakter Marvel tersebut. Namun ura-ura mengatakan trailer kedua-dua filem itu akan ditujukan kepada umum tidak berapa lama lagi.

Trailer pertama Logan dikatakan akan ditayangkan pada 23 Oktober ini. Menurut Trailer Track, Trailer filem Logan akan dikeluarkan dalam 2 versi iaitu “red & Green band trailer” dan berdurasi 1 minit 46 saat. Manakala Guardians of the Galaxy Vol. 2 masih tidak diketahui tarikh tepat tayangan trailer, tapi kemungkinan besar akan ditayangkan semasa tayangan pertama filem Doctor Strange, 25 Oktober ini dan berdurasi dalam 90 saat.

Jika hipotesis diatas benar, penonton berpeluang menonton trailer pertama kedua-dua filem tersebut.

FYI, filem Logan merupakan filem terakhir Hugh Jackman berlakon sebagai Wolverine. Ini bakal melonjakkan filem ini memandangkan ramai penonton ingin melihat lakonan terakhir Hugh sebagai Wolverine.

guardians-of-the-galaxy-movie-wallpaper-by-phoenix

Guardians of the Galaxy Vol. 2 pula masih mengekalkan pelakon asal disamping dua nama besar dalam dunia Hollywood yang turut terlibat dalam filem ini iaitu Kurt Russell and Sylvester Stallone.

Siri filem Wolverine merupakan antara filem yang paling banyak menerima positif review dari penonton berbanding filem-filem komik Marvel yang lain keluaran 20th Century Fox, manakala Guardians of the Galaxy pula telah mencipta fenomena pada tahun 2014 dengan lagu-lagu retro dan juga jalan cerita yang mantap sehinggakan berjaya mencapai tahap Box Office dalam satu malam sahaja.

Kepada peminat kedua-dua filem tersebut, nantikan kemunculan trailer pertama tidak lama lagi.

Logan akan ditayangkan pada 3 Mac, manakala Guardians of the Galaxy pada 5 Mei 2017.

Related posts

Natalie Portman Bintangi Filem Terbitan HBO “The Days of Abandonment”

Kakimuvee

HBO ANNOUNCES THE IRON ANNIVERSARY TO COMMEMORATE THE 10TH ANNIVERSARY OF GAME OF THRONES

Zulaikha

#MakeTheBatfleckMovie Trending Di Twitter, Peminat Mahu Filem “The Batman” Versi Ben Affleck Menjadi Realiti

Kakimuvee

TVBAnywhere+ App Launches Full Service in Malaysia Featuring Latest and Live Programs From TVB

Zulaikha

“Godzilla vs. Kong” Kumpul AS$$358 Juta Dolar Seluruh Dunia, “Mortal Kombat” Kutip AS$11 Juta Pada Minggu Pertama

Kakimuvee

Penggambaran “Black Adam” Telah Bermula, Dwayne Johnson Kongsi Gambar Belakang Tabir

Kakimuvee