Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSiri TV

Trailer Locke & Key Berikan Previu Rancangan Seram Terbaru Netflix


Netflix telah melancarkan trailer rasmi siri adaptasi berjudul Locke & Key yang memaparkan adik-beradik Locke cuba menyelesaikan misteri dalam rumah yang baru mereka duduki.

“Selepas ayah mereka dibunuh dalam keadaan misteri, tiga saudara kandung Locke dan ibu mereka telah berpindah ke rumah nenek moyang mereka, Keyhouse. Disana, mereka telah menemui kunci-kunci ajaib yang mungkin dapat mengaitkan dengan kematian ayah mereka.

Ketika anak-anak Locke meneroka kunci yang berbeza dan kuasa unik mereka, syaitan misteri telah dibangkitkan – dan melakukan apa jua cara untuk menculik mereka.”

Locke & Key dibintangi Darby Stanchfield sebagai Nina Locke, Jackson Robert Scott sebagai Bode Locke, Connor Jessup sebagai Tyler Locke, Emilia Jones sebagai Kinsey Locke, Billy Heck sebagai Rendell Locke, Laysla De Oliveira sebagai Dodge, Thomas Mitchell Barnet sebagai Sam Lesser dan Griffin Gluck sebagai Gabe.

Diadaptasikan dari novel fantasi seram karya Gabriel Rodriguez, Locke & Key akan menemui penonton pada 7 Februari ini, eksklusif di Netflix.


 


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee