Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

Trailer Kuntilanak 2 Mampu Membuatkan Bulu Roma Meremang


Buat pengemar filem-filem seram dari Indonesia, ini berita baik untuk anda. TGV Pictures membawakan kepada anda sebuah lagi filem seram dari negara seberang yang berjudul Kuntilanak 2, filem yang mampu membuatkan anda ketakutan.

Filem ini mengisahkan seorang wanita bernama Karmila, yang mengaku dirinya adalah ibu kandung Dinda, pergi ke rumah Makcik Donna dan meminta Dinda melawat rumahnya di dalam hutan. Kerana mahu meluangkan masa bersama ibunya, Dinda pergi ke rumah itu tanpa persetujuan Makcik Donna.

Akibatnya dia terperangkap di dalam rumah tersebut bersama adik-adik dan rakan-rakannya. Kejadian aneh mula berlaku dan lebih teruk lagi apabila Dinda, yang sebelumnya pernah bertembung dengan makhluk ghaib wanita bergelar Kuntilanak, perlu berdepannya semula. Kali ini ia berbeza daripada makhluk sebelumnya yang dihapuskan menggunakan sihir.

Diarahkan oleh Rizal Mantovani dan dibintangi  Sandrinna Michelle, Andryan Bima, Ali Fikry, Adlu Fahrezy dan Ciara Nadine Brosnan, Kuntilanak 2 akan menemui penonton tempatan mulai 25 Julai 2019

https://www.instagram.com/p/BzXp_HxBHu1/?utm_source=ig_web_copy_link



Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee