Berita

Trailer Knives Out Telah Dilancarkan, Akan Menemui Penonton 28 November Ini

Views

Lionsgate telah melancarkan trailer terakhir filem Knives Out arahan Rian Johnson. Filem ini ini mendapat review yang sangat positif dari para pengkritik termasuklah di laman Rottemtomatoes dengan skor sebanyak 99%. Anda boleh saksikan trailer filem tersebut dibawah.

Knives Out mengisahkan tentang perjumpaan sebuah keluarga yang aneh menjadi huru-hara apabila ketua keluarga itu mati. Perkara itu menyebabkan detektif dihantar untuk melakukan penyiasatan tentang kes kematian tersebut.

Knives Out terdiri dari pada beberapa pelakon hebat seperti Daniel Craig dan Chris Evans. Turut menyertai barisan pelakon adalah Michael Shannon, Lakeith Stanfield, Don Johnson, Toni Collette, Christopher Plummer, Katherine Langford, Riki Lindhome, Edi Patterson, Raul Castillo dan Jamie Lee Curtis.

Skrip filem Knives Out ditulis sendiri oleh Rian Johnson. Filem ini akan menemui penonton tempatan mulai 28 November 2019

shares
Enable Notifications    Ok No thanks