Skop Production telah melancarkan trailer filem aksi polis, KL Special Force tengah malam tadi. Anda boleh tonton trailer filem tersebut di pemain video dibawah.
KL Special Force merupakan filem ketujuh buat pengarah filem, Syafiq Yusof. Filemnya sebelum ini iaitu Abang Long Fadil 2 telag mendapat sambutan yang cukup hangat dari pengemar filem tempatan dan menjadi filem paling tinggi kutipan tiket pada tahun 2017.
Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem KL Special Force adalah Datuk Rosyam Nor, Syamsul Yusof, Fattah Amin, Tania Hudson dan Sabrina Ali.
Bagi yang tidak sabar untuk menonton, nantikan tayang filem ini pada 8 Mac 2018