Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

Trailer “KKN di Desa Penari” Goda Kisah Urban Legend Di Indonesia

Suatu ketika dahulu, telah viral sebuah thread di Twitter yang mana seorang pengguna bernama @Simpleman menulis sebuah kisah misteri yang berlaku sekitar tahun 2009.

Tweet tersebut segera menjadi bualan para netizen yang tertanya-tanya tentang kebenaran cerita tersebut. Sehinggakini, ia kekal misteri – adakah benar atau ia sekadar cerita rekaan – namun apa yang pasti, thread tersebut mencipta satu kisah urban legend yang cukup popular di Indonesia. 

MD Pictures, yang terkenal dengan penerbitan filem-filem seram, segera mengangkat kisah itu menjadi sebuah filem. KKN di Desa Penari, yang ditulis oleh Lele Laila bersama Gerald Mamahit, mengisahkan 6 mahasiswa dari sebuah kampus di Jawa Timur yang menjalankan program Kerja Kuliah Nyata (KKN).

Mereka terdiri daripada Ayu, Widya, Nur, Anton dan Bima melaksanakan KKN selama 6 minggu di desa yang disebut Desa Penari ini. Empat daripada mereka bagaimanapun diganggu oleh entiti misteri dari dimensi lain yang wujud di desa tersebut. Lebih tragis, dua daripadanya kehilangan nyawa, namun mereka tidak segera mati di saat mereka berada di perkampungan Desa Penari itu. 

Dibarisi pelakon seperti Tissa Biani, Adinda Thomas, Achmad Megantara, Aghniny Haque, Calvin Jeremy, Fajar Nugraha, dan Kiki Narendra, KKN di Desa Penari akan menemui penonton tempatan pada 12 Mei 2022.

Related posts

[VIDEO] Teaser “Berlin” Memperkenalkan 5 Watak Utama

Kakimuvee

Filem Lakonan Yeo Jin Goo & Jo Yi Hyun “Similar” Akan Ditayangkan Pada November Ini

Kakimuvee

Trailer Rasmi “Black Panther 2” Memperlihatkan Ancaman Yang Dihadapi Wakanda

Kakimuvee

“Little Women” & “The Empire” Catat Rating Tertinggi Setakat Ini

Zulaikha

Tonton Trailer “Attack On Titan” Terbitan Studio The Asylum

Kakimuvee

Cheer Up, Bad Prosecutor, Glitch Antara K-Drama Menarik Oktober 2022

Natasha

Leave a Comment