Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSiri TV

[TRAILER] Kisah The Rock Diceritakan Dalam Sitcom “Young Rock”


Setiap hero pasti ada kisah asal-usulnya, begitu juga Dwayne ‘The Rock’ Johnson.

Pelakon terkenal itu telah mendedahkan trailer Young Rock, sebuah siri komedi terbaru NBC yang menceritakan kisah asal usul Johnson sendiri, merangkumi zaman kecil sehinggalah ke zaman remaja. 

Sitcom terbaru ini dijadulakan tayangan pada Selasa, 16 Februari 2021. Anda boleh tonton trailer dibawah. 

Young Rock diinspirasi dari zaman kanak-kanak Dwayne Johnson yang luar biasa dan disamakannya dengan filem Forrest Gump lakonan Tom Hank. Johnson, yang turut menjadi penerbit eksekutif melalui syarikat produksinya Seven Bucks Productions, dijangka muncul di setiap episod. Dia sebelum ini membintangi drama sukan HBO Ballers yang telahpun menayangkan musim terakhirnya pada tahun lalu.

Sitkom 11 episod ini akan dibintangi oleh Adrian Groulx sebagai Johnson pada usia 10 tahun, Bradley Constant sebagai Johnson pada usia 15 tahun dan Uli Latukefu (Marco Polo) sebagai Johnson dari usia 18 hingga 20 tahun, ketika dia direkrut untuk bermain bola sepak di University of Miami . Stacey Leilua dan Joseph Lee Anderson akan memainkan peranan sebagai ibu dan bapa kepada Johnson, manakala Ana Tuisila sebagai nenek Johnson, Lia Maivia.


Young Rock ditulis bersama oleh Nahnatchka Khan dan Jeff Chiang, yang juga akan bertindak sebagai penerbit eksekutif bersama Dany Garcia, Hiram Garcia, Brian Gewirtz dan Jennifer Carreras. Siri ini adalah produksi bersama antara Universal Television, Seven Bucks Productions dan Fierce Baby Productions.


Related posts

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4′

Kakimuvee

The Rock Telah Mulakan Latihan Untuk Filem MMA ‘THE SMASHING MACHINE’

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee