Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Trailer Kedua ‘Uncharted’ Sarat Dengan Aksi-Aksi Menarik

Sony Pictures telah melancarkan trailer kedua filem adaptasi permainan video Uncharted. Filem ini dijadualkan tayangan pada 14 Februari 2022. 

Treler baharu Uncharted menampilkan banyak rakaman terbaru yang menampilkan bintang Mark Wahlberg dan Tom Holland. Dengan kapal lanun, rompakan dan pencarian harta karun, ia pasti dipenuhi dengan pelbagai urutan aksi yang menarik. Beberapa urutan aksi telah diilhamkan dari permainan video, jadi peminat francais permainan video pasti akan mengenali adegan-adegan tersebut.

Anda boleh tonton trailer Uncharted dibawah:

Uncharted merupakan prekuel kepada siri permainan video dimana ia akan menceritakan Nathan Drake (Tom Holland) yang pertama kali berhadapan dengan bakal rakannya, Victor Sullivan (Mark Walberg) dan akan membentuk cerita yang akan mengaitkan keseluruhan francais permainan video Uncharted.

Pengarah Zombieland dan Venom, Ruben Fleischer diberi tanggungjawab untuk mengarahkan filem ini. Menyertai Holland dan Mark Wahlberg adalah Antonio Banderas, Sophia Ali dan Tati Gabrielle. 

Berdasarkan permainan video aksi penggembaraan berjudul Uncharted: Drake’s Fortune yang dihasilkan Naughty Dog dan Sony Interactive. Ia membawa pemain menyertai penggembaraan keturunan pengembara terkenal Sir Francis Drake, iaitu Nate Drake – seorang pemburu harta karun yang menjumpa kota emas El Dorado yang terletak di Amerika Selatan. Pencariaannya bagaimanapun turut disertai musuhnya dan terpaksa berhadapan dengan makhkluk-makhluk menakutkan.

Related posts

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

“The Batman” Mungkin Berdurasi Hampir 3 Jam

Kakimuvee

Robert Pattinson Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Dari Pengarah Bong Joon Ho

Kakimuvee

Leave a Comment