Studio 20th Century Fox telah melancarkan trailer kedua filem antihero terbaru mereka, Deadpool 2 . Trailer tersebut bukan sahaja menampilkan watak terbaru Cable, tetapi turut memperkenalkan beberapa watak mutant seperti Domino. Oh ye! trailer itu juga telah memperkenalkan X-Force, pasukan antihero Mutant yang mirip seperti X-Men. Saksikan trailer #2 Deadpool 2 dipemain video dibawah.
Diarahkan oleh David Leitch, serta ditulis oleh Rhett Reese dan Paul Wernick, Deadpool 2 menyaksikan muka-muka lama dalam filem pertama kembali membintangi sekuel kali ini, antaranya Ryan Reynolds sebagai Deadpool, Morena Baccarin, T.J. Miller, Leslie Uggams, Brianna Hildebrand, Stefan Kapičić, manakala Josh Brolin akan membawakan watak Cable bersama-sama beberapa muka baru iaitu Zazie Beetz, dan Jack Kesy.
Jangan lupa saksikan bromance diantara Deadpool dan Cable dalam filem Deadpool 2 yang akan ditayangkan pada 18 May 2018