Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Trailer Kedua ‘Blue Beetle’ Memaparkan Lebih Banyak Rakaman Baharu Adiwira Utama


DC Studios telah mengeluarkan trailer kedua filem adiwira terbaru mereka, Blue Beetle, yang akan ditayangkan pada 18 Ogos ini. 

“Seorang graduan kolej Jaime Reyes pulang ke tanah air dengan penuh aspirasi untuk masa depannya, hanya untuk mendapati rumah lamanya tidak cukup lengkap sepertimana dia meninggakannya.” menurut sinopsi filem itu. 

“Ketika dia mencari-cari tujuannya di dunia, takdir berubah apabila Jaime secara tidak dijangka mendapati dirinya memiliki peninggalan purba bioteknologi asing: Scarab. Apabila Scarab tiba-tiba memilih Jaime untuk menjadi tuan rumah simbiosisnya, dia dianugerahkan dengan perisai yang luar biasa yang mampu menghasilkan kuasa yang luar biasa dan tidak dapat diramalkan, mengubah nasibnya selama-lamanya apabila dia menjadi Super Hero Blue Beetle.”

Anda boleh tonton trailer dibawah:

Blue Beetle diarahkan oleh Angel Manuel Soto (Charm City Kings) dari lakon layar yang diadaptasikan oleh Gareth Dunnet-Alcocer (Miss Bala). Bintang Cobra Kai, Xolo Maridueña akan menjadi bintang utama untuk filem ‘stand-alone’ DC itu. Maridueña akan memainkan watak Jaime Reyes, adiwira Latin pertama dalam sejarah filem superhero dan merupakan remaja berbangsa Mexico-Amerika.


Menyertai Maridueña ialah pemenang Oscar Susan Sarandon, Harvey Guillén (What We Do in the Shadows), bintang Brazil Bruna Marquezine (Breaking Through) sebagai Penny, dan Belissa Escobedo (Hocus Pocus 2) sebagai Milagro Reyes, George Lopez (The Spy Next Door) sebagai Uncle Rudy, Adrianna Barraza (Babel) sebagai Nana, Elpidia Carrillo (Predator) sebagai Rocio, dan Damián Alcázar (Narcos) sebagai Alberto.


Related posts

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4′

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee