Official Trailer

Trailer JUSTICE LEAGUE DARK: APOKOLIPS WAR Himpunkan Sejumlah Besar Adiwira

Views

Warner Bros. Animation telah melancarkan trailer rasmi filem animasi DC Universe Justice League Dark: Apokolips War, yang juga merupakan sekuel kepada filem animasi Justice League Dark (2017). Anda boleh saksikan trailer tersebut dibawah.

Sekuel kali ini akan menampilkan himpunan superhero terbesar dalam sejarah DC Universe, termasuklah penglibatan Matt Ryan (Legends of Tomorrow) sebagai Constantine, Jerry O'Connell (Scream 2) sebagai Superman dan Taissa Farmiga (American Horror Story) sebagai Raven.

Justice League Dark: Apokolips War menyaksikan para superhero sekali lagi berhadapan dengan musuh terhebat, Darkseid. Kumpulan superhero ini diketuai Constantine, Superman dan Raven dan nasib umat manusia bergantung kepada kumpulan superhero ini.

Barisan pelakon suara terdiri daripada Jason O’Mara sebagai Batman, Rosario Dawson sebagai Wonder Woman, Shemar Moore sebagai Cyborg, and Christopher Gorham sebagai The Flash, Rebecca Romijn sebagai Lois Lane, Rainn Wilson sebagai Lex Luthor, Stuart Allan sebagai Robin/Damian Wayne, Camilla Luddington sebagai Zatanna, Ray Chase sebagai Jason Blood/Etrigan, Roger R. Cross sebagai John Stewart / Swamp Thing, Liam McIntyre sebagai Captain Boomerang, Sachie Alessio sebagai Lady Shiva, Hynden Walch sebagai Harley Quinn dan John DiMaggio sebagai King Shark.

Versi DVD, Blu-ray dan digital Justice League Dark: Apokolips War akan dilancarkan pada musim bunga ini.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks