Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

[TRAILER] Jeffrey Dean Morgan Bintangi Filem Seram “The Unholy” Terbitan Sony

Sony Pictures telah melancarkan trailer rasmi filem seram supernatural bertajuk “The Unholy“, lakonan Jeffrey Dean Morgan (The Walking Dead) dan William Sadler. 

Filem seram ini berdasarkan novel popular “Shrine” karya James Herbert, dan diterbitkan pembikin filem “Evil Dead”, Sam Raimi menerusi syarikat produksinya Ghost House. “The Unholy” akan ditayangkan di Amerika Syarikat pada 2 April ini. Tarikh tayangan di Malaysia tidak diketahui.

Anda boleh trailer tersebut dibawah.

Dalam trailer terbaru, watak lakonan Morgan cuba menyiasat penyembuhan misteri seorang gadis muda yang mendakwa bahawa dia kononnya melakukan keajaiban atas nama ‘Virgin Mary’. Namun, keajaiban tersebut sebenarnya tidak suci, dan mereka segera mengentahui bahawa ada sesuatu yang lebih menyeramkan dan gelap yang akan memesong kepercayaan seseorang. 

“The Unholy” mengikuti kisah Alice, seorang gadis muda yang cacat pendengaran. Namun selepas dikunjungi ‘Virgin Mary’, dia mampu mendengar, berbicara dan menyembuhkan penyakit. Berita mengenainya tersebar, dan ramai orang datang untuk melihat keajaibannya.

Seorang wartawan (Jeffrey Dean Morgan), yang cuba menghidupkan kembali kariernya, datang ke bandar kecil New England untuk menyiasat. Ketika peristiwa menakutkan mulai terjadi di kawasan sekeliling, dia mulai bertanya apakah fenomena ini disebabkan ‘Virgin Mary’ atau sesuatu yang lebih menyeramkan.

Menyertai Morgan adalah William Sadler (Bill & Ted’s Bogus Journey), Katie Aselton (Legion), Cary Elwes (Saw), Christine Adams (Black Lightning), dan Diogo Morgado (The Bible).

“The Unholy” ditulis dan diarahkan oleh Evan Spiliotopoulos (Beauty and the Beast, Snake Eyes), dan diterbitkan Ghoust House (Drag Me to Hell) dan Robert Tapert (The Evil Dead).

Related posts

Josh Ruben Hidupkan Permainan Video Seram Ubisoft Dalam Trailer “Werewolves Within”

Kakimuvee

Trailer “The Conjuring: The Devil Made Me Do It” Telah Dilancarkan, Akan Berstatus ‘R-rated’

Kakimuvee

[TEASER] Musim Kedua “Love (ft. Marriage and Divorce)” Menjanjikan Lebih Banyak Pengkhianatan & Drama

Zulaikha

Teaser Rasmi “Shang-Chi And The Legend Of The Rings” Perkenalkan Superhero Baru Dan.. The Mandarin

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Infinite Darkness Previu Watak-Watak utama

Kakimuvee

Dom & Pasukannya Kembali Beraksi Dalam Trailer Terbaru “F9”

Kakimuvee