
Sempena pengumuman pelancaran Disney+ Hotstar di Malaysia pada 1 Jun ini, laman Facebook DisneyPlusHotstarMY telah melancarkan trailer pertama filem sekuel tempatan yang dinantikan, J2: J Retribusi, menampilkan Zul Ariffin yang kembali sebagai Jay Zulkarnain.
Filem arahan Nazrul Asraff Mahzan dan Nazim Shah ini boleh distrim di Disney+ Hotstar tidak lama lagi.
Filem akan datang mengisahkan Jay, seorang pengawal peribadi, yang perlu mengejar masa untuk menyelamatkan bosnya, ahli perniagaan Dato ‘Hashim dan anak perempuannya Nadi, yang menjadi mangsa tebusan. Turut menyertai Zul Ariffin adalah Amelia Henderson, allahyarham Ashraf Sinclair, Rosyam Nor, dan ramai lagi.
Anda boleh tonton trailer dibawah.