Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

[TRAILER] Jason Statham Sebagai Bapa Yang Sedang Memburu Pembunuh Anaknya Dalam Filem “Wrath of Man”

Jason Statham, pelakon yang terkenal dengan filem-filem aksi, kembali dalam filem aksi thriller terbaru bertajuk Wrath of Man arahan Guy Ritchie dan lakon layar yang ditulis Ritche bersama Ivan Atkinson dan Marn Davies. Filem ini akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 6 Mei 2021.

Anda boleh tonton trailer Wrath of Man yang cukup mendebarkan di pemain video dibawah. 

H, orang asing yang dingin dan misteri, diambil berkerja oleh syarikat keselamatan yang bertanggungjawab memindahkan ratusan juta dolar di sekitar Los Angeles setiap minggu. Semasa menjalankan tugas, trak yang dinaikinya ditahan dalam satu kejadian rompakan dan H secara sendirian menewaskan semua perompak itu, dengan menunjukkan kemahiran dan latihan tempur yang hebat.

Secara diam-diam, H sedang memburu orang-orang yang membunuh anaknya semasa rompakan serupa, dan merancang untuk menggunakan pekerjaan barunya untuk memasang perangkap bagi setiap calon perompak di kota ini sehingga dia menemui pembunuh anaknya.

Filem ini turut dibintangi Holt McCallany, Jeffrey Donovan, Josh Hartnett, Laz Alonso, RaĂșl Castillo, DeObia Oparei, Eddie Marsan, dan Scott Eastwood.

 

Related posts

Persahabatan Mereka Terjalin Di Gelanggang Tinju Dalam Trailer Kdrama Terbaru ‘Bloodhounds’

Kakimuvee

Sony Dedah Trailer Red Band Terbaru ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Don Lee Kembali Menampar Dalam Filem Terbaru ‘The Roundup: No Way Out’

Kakimuvee

Menjelang Tayangan Pawagam, Warner Bros. Lancar Trailer Terakhir ‘The Flash’

Kakimuvee

[TRAILER] Extraction 2: Bangkit Dari Kematian Dengan Aksi Yang Lebih Mendebarkan

Kakimuvee

Trailer Pertama Filem Korea “Cobweb” Arahan Kim Jee-Won Telah Dilancarkan

Kakimuvee

Leave a Comment