
Bintang Aquaman Patrick Wilson mengembangkan lagi kariernya di Hollywood dengan menghasilkan filem pertama arahannya bertajuk Insidious: The Dark Realm, ansuran kelima francais filem seram popular Insidious.
Dalam ansuran terbaru francais Insidious ini, penonton dibawa melihat keluarga Lambert 10 tahun selepas pengusiran syaitan dari hidup mereka. Dalton telah meninggalkan rumah untuk ke kolej, manakala Lambert menjalani kehidupan mereka yang paling biasa. Bagaimanapun, bapa keluarga Josh Lambert mengalami kemalangan yang membuka semula pintu merah alam gelap sekali lagi, membuatkan mereka mengalami peristiwa ngeri yang pernah mereka alami 10 tahun lalu.
Filem terbaru ini ditulis oleh Scott Teems (Halloween Kills, Rectify) manakala Patrick Wilson membuat debut sebagai pengarah. Penerbit filem adalah Jason Blum (The Purge Series), Oren Peli (Paranormal Activity), dan James Wan (The Conjuring Universe)
Insidious: The Dark Realm dibintangi Lin Shaye, Ty Simpkins, Patrick Willson, Rose Byrne, Dannay Rodriguiez, Barbara Hershey, Joseph Bishara, Spencer Locke, Caitlin Gerarad, Mark BrƄndson, dan ramai lagi.
Tonton trailer rasmi dibawah:
https://youtu.be/mfXizUyLwUQ