Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Hotel Transylvania 3: A Monster Vacation, Mereka Bercuti Diatas Kapal Peranginan

Dracula, Mavis, Johnny, dan rakan-rakan ‘monster’ kembali lagi, kali ini mereka ingin bercuti di atas kapal peranginan yang cukup besar semasa musim panas. Diterbitkan oleh Sony Animation, filem berjudul Hotel Transylvania 3: A Monster Vacation ini akan mula ditayangkan 13 Julai 2018.

Filem ketiga Hotel Transylvania ini diarahkan oleh Genndy Tartakovsky dan ditulis oleh Michael McCullers. Pelakon-pelakon suara pula terdiri daripada Adam Sandler (Dracula), Selena Gomez (Mavis), Andy Samberg (Johnny), Kevin James (Frank), Fran Drescher(Eunice), Steve Buscemi (Wayne), Molly Shannon (Wanda), David Spade (Griffin), Keegan-Michael Key (Murray) dan Mel Brooks (Vlad).

Hotel Transylvania 3: A Monster Vacation ini mengisahkan Dracula, Mavis, Johnny berserta ahli keluarga dan rakan-rakan mereka bercuti disebuah kapal kruiser yang cukup besar. Dracula kemudian jatuh hati pada kaptel kapal, Ericka yang sebenarnya merupakan berketurunan Abraham Val Helsing, pembunuh raksasa dan juga musuh lama Dracula. Mavis dan rakan-rakan mereka perlu cuba menghentikan Dracula sebelum terlambat.

Related posts

Trailer Penuh “Hitman’s Wife’s Bodyguard” Pasti Buatkan Korang Terhibur

Kakimuvee

HBO MAX Original feature film LET THEM ALL TALK to premiere exclusively on HBO GO and HBO

Isqandar

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee

Trailer Pertama Musim Ke-4 “Stranger Things” Papar Kisah ‘Origin’ Eleven

Kakimuvee

Trailer Baru “Pretty Guardian Sailor Moon Eternal The Movie” Menjelang Tayangannya Di Netflix Jun Ini

Kakimuvee

Trailer Terakhir “A Quiet Place Part II” Buatkan Korang Tak Sabar Nak Tonton Sekuel Filem Ini

Kakimuvee