Bagi pengemar filem berkonsepkan neo-crime thriller, jangan lupa saksikan filem Hotel Artemis yang akan menemui penonton tempatan pada awal Julai ini.
Diarahkan oleh Drew Pearce, ia mengisahkan tentang “The Nurse” yang merupakan pengurus Hotel Artemis, iaitu sebuah hospital eksklusif yang merawat penjenayah yang cedera. Dengan bantuan, dia menjaga semua penjenayah yang didaftarkan di hotel tersebut. Satu malam, seorang ketua penjenayah lagenda meminta bantuan daripada The Nurse di hospitalnya yang mana ia telah mencetuskan pertembungan dengan penjenayah lain.
Selain Jodie Foster, filem ini dibintangi oleh Sterling K. Brown, Sofia Boutella, Jeff Goldblum, Brian Tyree Henry, Jenny Slate, Dave Bautista, dan Zachary Quinto.
Hotel Artemis akan ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan pada 5 Julai ini.