Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Ghosts Of War Lakonan Brenton Thwaites Dalam Filem Seram Perang Dunia II

Menentang musuh yang kelihatan lebih baik dari berhadapan dengan hantu yang menakutkan.

Itulah yang dihadapi oleh sekumpulan askar dalam filem terbaru Ghosts of War arahan pengarah dan penulis The Butterfly Effect, Eric Bress.

Filem lakonan Brenton Thwaites (Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales, Titans, The Giver) ini berkisarkan tentang lima askar Amerika Syarikat semasa Perang Dunia Ke-2. Mereka diarahan untuk mempertahankan sebuah rumah agam yang sebelum ini diduduki tentera Nazi. Sesuatu yang tidak dijangka berlaku apabila mereka berhadapan dengan musuh yang tidak kelihatan dan lebih menakutkan dari apa yang mereka lihat di medan perang.

Turut membintangi filem ini adalah Alan Ritchson (Titans, Teenage Mutant Ninja Turtles, Blue Mountain State), Skylar Astin (Pitch Perfect,  Zoey’s Extraordinary Playlist, 21 & Over), Theo Rossi (Sons of Anarchy, Luke Cage, Lowriders), Kyle Gallner (American Sniper, The Finest Hours, Dear White People), Billy Zane (Titanic, The Phantom, Dead Calm), dan Shaun Toub (Iron Man, Crash, Snowpiercer). 

Ghosts of War akan dilancarkan secara digital dan On Demand pada 17 Julai 2020.

Related posts

Ryan Reynolds Baru Tahu Dia Adalah NPC Dalam Trailer “Free Guy”

Kakimuvee

Kisah Persahabatan Antara Seorang Remaja & Robotnya Yang Rosak Dalam Trailer “Ron’s Gone Wrong”

Kakimuvee

LOKI: TVA Bertemu Loki Dalam Video Klip Terbaru

Kakimuvee

[TRAILER] Nevertheless Goda Kisah Romantik Antara Song Kang & Han So-Hee

Zulaikha

Critically-acclaimed Taiwanese drama Tears On Fire to stream on Netflix Malaysia on 26 June

Zulaikha

[VIDEO] Netflix Umum Tarikh Tayangan Episod Istimewa “Kingdom: Ashin of the North”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating