Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Ghostbusters: Afterlife Telah Dilancarkan!


Sony Pictures telah melancarkan trailer pertama filem Ghostbusters: Afterlifesekuel kepada filem Ghostbusters 2 yang diterbitkan pada 1989. Anda boleh saksikannya dipemain video dibawah.

Ghostbusters: Afterlife dibintangi pelakon kanak-kanak Mckenna Grace, Carrie Coon, Finn Wolfhard dan Paul Rudd yang akan memainkan peranan sebagai seorang guru. Para pelakon asal Ghostbuster turut kembali membintangi filem ini dengan membawakan watak masing-masing. Mereka terdiri daripada Bill Murray Sigourney Weaver, Annie Potts, Dan Akyroyd dan Ernie Hudson.

Plot rasmi masih belum didedahkan, tetapi dikhabarkan, penceritaannya akan tertumpu kepada seorang ibu tunggal dan keluarganya dimana Coon akan memainkan peranan sebagai seorang ibu kepada karakter lakonan Mckenna Grace dan Finn Wolfhard.

Jason Reitman bertindak selaku pengarah, menggantikan tempat ayahnya Ivan Reitman yang merupakan pengarah untuk dua filem awal. Reitman juga turut menulis filem ini bersama-sama Gil Kenan.

Ghostbusters: Afterlife akan ditayangkan pada 10 Julai 2020.



Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee