Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSiri TV

Trailer Ghost In The Shell: SAC_2045 Berikan Previu Siri Anime Terbaru Netflix


Netflix telah melancarkan trailer rasmi siri anime terbaru, Ghost in the Shell: SAC_2045, yang mana ia berdasarkan francais manga dan siri anime yang keudara selama dua musim dari tahun 2002 sehingga 2005.

Menampilkan pelakon suara asal seperti Atsuko Tanaka sebagai Motoko Kusanagi, Akio Otsuka sebagai Batou dan Koichi Yamadera sebagai Togusa. Anime terbaru ini boleh ditonton mulai April, eksklusif di Netflix. Anda boleh saksikan trailer dipemain video dibawah.

Ditetapkan pada tahun 2045, iaitu selepas kapitalisme global telah gagal, pasukan elit Jepun yang dikenali sebagai Bahagian 9 telah mula menjalankan operasi siber rahsia untuk menangkis ancaman penganas yang semakin berleluasa.

Projek ini sepatutnya bermula pada tahun 2017, semasa filem live-action lakonan Scarlett Johansson ditayangkan. Namun terpaksa ditangguh disebabkan filem tersebut gagal dari segi kritikan dan komersial.

Francais Ghost in the Shell bermula dari manga berjudul sama yang ditulis dan dilukis oleh Masamune Shirow, dan diterbitkan pada tahun 1989 sehingga 1997. Disebabkan populariti yang tinggi, Ghost in the Shell dikembangkan sehingga terbitnya lima filem animasi, empat siri animasi, empat permainan video dan empat siri animasi video. Kesemuanya menerima respon yang sangat positif dari peminat.


Netflix kini sedang mengembangkan bahan siaran anime mereka dan sedang menghasilkan beberapa siri baru termasuklah Pacific Rim, Altered Carbon, Ultraman dan banyak lagi, serta siri live action adaptasi dari anime popular berjudul Cowboy Bepop. 


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee