
Netflix telah melancarkan treler rasmi untuk filem ‘standalone’ Wu Assassins yang akan datang bertajuk Fistful of Vengeance, yang akan menampilkan kepulangan bintang aksi Indonesia, Iko Uwais sebagai pembunuh hebat Kai. Filem ini akan tersedia di perkhidmatan streaming Netflix pada 17 Februari ini, selepas dua tahun sejak siri aksi supernatural ini memulakan musim pertamanya.
Treler yang baru dilancarkan itu menunjukkan Kai dan pasukan ‘ Wu Assassin’ dalam misi berbahaya ke Thailand sambil mereka membalas dendam kematian Jenny di tangan Ku An Qi, ratu yang berkuasa di Dunia Bawah Tanah Bangkok. Ia juga memberikan kita pratonton tentang banyak urutan seni mempertahankan diri yang penuh aksi yang patut kita harapkan dalam filem akan datang.
Tonton trailer Fistful of Vengeance dibawah:
Fistful of Vengeance dibintangi Iko Uwais (The Raid), Lewis Tan (Mortal Kombat), Lawrence Kao (Max Steel), dan Pearl Thusi (Queen Sono) bersama-sama Francesca Corney, Jason Tobin dan Rhatha Phongam.
“Dalam filem kendiri itu, pembunuh berkuasa super Kai dan rakan-rakannya, Lu Xin dan Tommy menjejaki seorang pembunuh dari Chinatown San Francisco ke Thailand untuk membalas dendam keatas kematian orang tersayang,” menurut sinopsis. “Tetapi pemburuan mereka tidak lama kemudian menjerat mereka dengan musuh lama, jutawan misteri dan kuasa mistik purba yang ingin mengambil alih dunia.”
Fistful of Vengeance diarahkan oleh Roel Reiné, yang sebelum ini mengarahkan dua episod musim pertama. Ia ditulis oleh Cameron Litvack dan Yalun Tu, berdasarkan siri yang dicipta oleh Tony Krantz dan John Wirth.