Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Trailer Finale “She-Hulk” Goda Pertarungan Semula Antara Hulk vs. Abomination


Musim terakhir siri She-Hulk: Attorney at Law akan keudara pada minggu ini, dan menjelang episod finale, trailer terbaru telah dilancarkan, menggoda pertarungan semula yang dinantikan peminat. 

Trailer itu memaparkan semula babak-babak penting sepanjang siri, sambil memasukkan beberapa rakaman baharu di penghujungnya. Rakaman yang pasti menarik perhatian adalah pertembungan The Incredible Hulk, lakonan Mark Ruffalo, menentang Abomination, watak dari filem The Incredible Hulk tahun 2008, yang kini kembali ke MCU

Anda boleh tonton teaser trailer She-Hulk: Attorney at Law dibawah:

Digambarkan sebagai perundangan komedi, siri She Hulk: Attorney at Law ini akan diterajui pemenang Emmy dan Golden Globe, Tatiana Maslany yang akan memainkan watak utama sebagai Jennifer Walters. Dia akan disertai bintang Avengers: Endgame, Mark Ruffalo, bintang Doctor Strange, Benedict Wong dan menampilkan kepulangan kepulangan vetera The Incredible Hulk, Tim Roth, yang meneruskan peranannya sebagai Abomination.

Barisan pelakon lain terdiri daripada Jameela Jamil, Ginger Gonzaga, Renée Elise Goldsberry, dan Josh Segarra, dengan Megan Thee Stallion dikhabarkan akan muncul dalam siri ini.


She-Hulk pertama kali diperkenalkan dalam Marvel Comic “Savage She-Hulk” #1 pada 1980, dicipta oleh penulis Stan Lee dan artis oleh John Buscema. Alter egonya adalah Jennifer Walters, sepupu kepada Bruce Banner/Hulk, yang telah menerima darah dari Bruce selepas ditembak, mengakibatkan dia memiliki kebolehan untuk bertukar menjadi Jadi Giant, sama seperti sepupunya. 

Jessica Gao, penulis episod “Pickle Rick” dalam musim ketiga Rick and Morty, mengetuai barisan pelakon She-Hulk, manakala Kat Cairo (Brooklyn Nine-Nine, Dead to Me) dan Anu Valia sebagai pengarah serta penerbit ekskutif. 

She-Hulk: Attorney at Law kini boleh distrim di Disney+ Hotstar


Related posts

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4′

Kakimuvee

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee