Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

[TRAILER] Filem Thriller Thailand GHOST LAB Akan Ditayangkan Di Netflix 26 Mei Ini


GHOST LAB (L to R) THANAPOB LEERATANAKACHORN as WEE, PARIS INTARAKOMALYASUT as GLA in GHOST LAB Cr. NETFLIX © 2021

Netflix, perkhidmatan hiburan streaming terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memperoleh hak global eksklusif untuk GHOST LAB, sebuah filem seram yang dibuat oleh GDH. Filem ini akan dilancarkan di Netflix pada 26 Mei.

Diarahkan oleh “Goff” Paween Purijitpanya (Body, 4BIA, Phobia 2), GHOST LAB adalah filem thriller mengenai eksperimen supernatural yang melintasi batas antara hidup dan mati. Filem dibintangi “Tor” Thanapob Leeratanakachorn, “Es” Paris Intarakomalyasut dan “Nychaa” Nuttanicha Dungwattanawanich.

Pengarah Paween Purijitpanya, berkata, “Jalan cerita GHOST LAB agak tidak konvensional, kerana ia mencuba penerokaan lebih mendalam mengenai kepercayaan kita terhadap alam ghaib, dan apakah ini dapat dibuktikan oleh sains. Adalah suatu kehormatan untuk bekerjasama dengan platform global yang membenarkan untuk ekspresi kreatif dan saya harap filem ini akan mendorong penonton untuk merenungkan cara hidup mereka dan mencari jawapan kepada soalan mereka. “

“GHOST LAB adalah filem yang berani dan asli dari pemikiran Pengarah Paween Purijitpanya yang cemerlang dan pelakon dan kru Thailand yang luar biasa. Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan GDH untuk membawa filem ini kepada ahli kami di Thailand dan di seluruh dunia.” kata Malobika Banerji, Pengarah Kandungan, Asia Tenggara di Netflix.

GHOST LAB adalah filem pertama GDH yang boleh didapati secara eksklusif di Netflix. Ia juga merupakan filem pertama Thai yang dihasilkan dalam bentuk Dolby Vision.



Related posts

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

Review Filem: Zom 100: Bucket List of the Dead (2023)

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee