Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Filem Reboot ‘The Grudge’ Telah Dilancarkan!

Columbia Pictures telah melancarkan trailer pertama filem seram The Grudge, reboot dari filem berjudul sama yang diterbitkan pada 2014 dan juga remake dari filem seram Jepun berjudul Ju-On: The Grudge.  Anda boleh saksikan trailer filem tersebut dibawah.

The Grudge diarahkan oleh Nicolas Pesce, manakala Sam Raimi yang menerbitkan dua filem awal dari trilogi The Grudge versi Hollywood akan kembali bertindak selaku penerbit, bersama-sama Rob Tapert untuk syarikat produksi Ghost House. Pesce akan turut menulis skrip bersama-sama Jeff Buhler.

Bintang filem Searching, John Cho akan bergandingan dengan pelakon seperti Demian Bichir, Andrea Riseborough, Betty Gilpin, Jacki Weaver, Frankie Faison dan pelakon filem seram veteran yang popular, Lin Shaye.

Filem reboot kali ini akan berkisarkan tentang seorang anggota polis yang baru tiba disebuah bandar kecil. Disana, dia telah menyiasat satu kes yang tidak dapat dijelaskan, sehingga membawa dia ke sebuah rumah misteri yang mempunyai dendam.

The Grudge akan diklasifikasikan sebagai ‘r-rated’ dan dijangka akan menemui penonton pada 20 Januari 2020.

POSTER FILEM

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Ji Jin Hee Mencari Kebenaran di Sebalik Penculikan Anak Lelakinya Dalam Teaser “The Tragedy Of One”

Kakimuvee

Segalanya Akan Terjawab Dalam FEAR STREET PART 3: 1666

Kakimuvee