Trailer Filem Little Women Telah Dilancarkan

107
views

Sony Pictures telah melancarkan trailer penuh filem adaptasi terbaru mereka berjudul Little Women yang diarahkan dan ditulis oleh pengarah filem Lady Bird, Greta Gerwig. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

Berlatarkan pada tahun 1860an di Massachusetts, Amerika Syarikat selepas Perang Saudara, Little Woman berkisarkan tentang kehidupan tiga beradik perempuan iaitu Meg, Jo dan Amy selepas berpindah keluar dari rumah keluarga mereka.

Filem ini diadaptasikan dari novel klasik berjudul sama karya Loiusa May Alcott. Novel ini telah diadaptasikan beberapa kali termasuklah dalam bentuk pementasan drama, musikal opera dan siri televisye.

Little Woman dibintangi beberapa pelakon hebat seperti Saoirse Ronan, Emma Watson, Florence Pugh, Eliza Scanlen, Timothée Chalamet, Laura Dern, dan Meryl Streep.

Peminat dijangka dapat menyaksikan filem ini dipawagam tempatan pada 13 Februari tahun hadapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here