
Kisah benar tentang rasuah yang melibatkan ahli perniagaan Malaysia Jho Low akan didedahkan dalam filem dokumentari Man on the Run,Ā yang akan ditayangkan pada 22 Disember di pawagam New York dan 29 September di pawagam Los Angeles.
“Dokumentari itu mendedahkan kisah benar yang mengejutkan tentang rasuah dan pengkhianatan yang menggegarkan kestabilan kewangan seluruh negara,” menurut sinopsis filem.
āIa mengikuti Jho Low, ahli perniagaan misteri, dan playboy, ketika dia mendalangi skim untuk mengeksploitasi dana kekayaan negara di Malaysia, 1MDB. Dengan kerjasama Perdana Menteri Najib Razak, Low menyalurkan berbilion-bilion ke dalam akaun bank global untuk menyemarakkan gaya hidupnya yang boros, termasuk pesta Hollywood dan juga membiayai āThe Wolf of Wall Street.ā Siasatan teliti Pengarah Cassius Michael Kim membongkar jaringan ketamakan dan rasuah, mendedahkan kesan mendalam skandal kewangan yang besar ini.”
Man on the Run ditulis dan diarahkan oleh Cassius Michael Kim.Ā
Anda boleh tonton trailer dibawah: