Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Filem Animasi The Addams Family Telah Dilancarkan!

Metro-Goldwyn-Mayer telah melancarkan trailer terbaru filem animasi seram komedi The Addams FamilyAnda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

Filem ini disuarakan oleh pemenang anugerah Golden Globe Oscar Isaac yang memainkan peranan sebagai Gomez Addams. Dia turut disertai Charlize Theron sebagai Morticia Addams, Chloë Grace Moretz sebagai Wednesday Addams, Finn Wolfhard sebagai Pugsley Addams, Nick Kroll sebagai Uncle Fester, Bette Midler sebagai Grandma, Elsie Fisher sebagai Margaux, dan pemenang anugerah Academy, Allison Janney sebagai musuh ketat keluarga Addams, Margaux Needler.

Conrad Vernon dan Greg Tiernan bertindak selaku pengarah, manakala skrip ditulis oleh Matt Lieberman berdasarkan siri kartun ikonik Addams Family. Vernon turut menerbitkan filem ini bersama-sama Gail Berman dan Alex Schwartz.

The Addams Family mengisahkan tentang Keluarga Addams yang sedang dalam persiapan menyambut kedatangan saudara mereka untuk sambutan besar-besaran tetapi pada masa yang sama, mereka perlu berdepan dengan seorang hos rancangan realiti TV yang tamak.

Filem ini dijangka akan menemui penonton tempata mulai 31 Oktober ini.

Related posts

Rancangan Sebenar Akan Bermula Dalam Trailer “Money Heist: Korea Part 2”

Kakimuvee

Sempena Hari Avatar, Disney Lancar Trailer Terakhir “Avatar: The Way Of Water”

Kakimuvee

Tarian Terakhir Mike Dalam Trailer “Magic Mike’s Last Dance”

Kakimuvee

Drama Jenayah Korea “Big Bet” Akan Membuat Debut Di Disney+ Hotstar Pada 21 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Hangat “Single’s Inferno” Musim 2, Dapatkan Tarikh Tayangan Disini

Zulaikha

[TRAILER] Michelle Yeoh, Sophia Brown Terajui Siri Prekuel “The Witcher: Blood Origin”

Kakimuvee

Leave a Comment