Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Video

Trailer Filem Animasi Starship Troopers: Traitor Of Mars

Filem animasi Starship Troopers terbaru yang juga merupakan sekuel siri pertama filem asal Starship Trooper mula melancarkan trailer pertamanya dalam usaha mempromosi animasi tersebut kepada penonton.

Filem yang berjudul Traitor of Mars ini merupakan filem kelima franchise filem sains fiksyen itu yang menunjukkan aksi-aksi peperangan diantara manusia dan serangga gergasi.

Casper Van Dien, pelakon filem pertama franchise ini kembali dengan menyumbang suara untuk wataknya Johnny Rico. Dia akan bergandingan dengan Dina Meyer yang akan membawa watak Dizzy Flores.

Ed Neumeier merupakan penulis skrip untuk filem animasi ini, manakala pengarahnya pula adalah Paul Verhoeven.

Traitor of Mars akan mengisahkan Jonny Rico telah dihantar ke sebuah pengkalan kecil untuk merekrut tentera-tentera baru di Marikh manakala angkatan Federation pula sedang bersiap sedia untuk menyerang tempat tinggal atau planet serangga gergasi yang digelar Bug itu. Tanpa disangka, sekumpulan besar serangga gergasi itu telah menyerang pengkalan yang diduduki oleh Rico dan sekumpulan kecil tentera. Mereka terpaksa mempertahankan kedudukan mereka tanpa bantuan dari angkatan Federation dan menyiasat bagaimana serangga tersebut berada terlampau dekat dengan Bumi.

Filem animasi ini tidak akan ditayangkan dimana-mana pawagam di Malaysia, bagi peminat Starship Troopers, mungkin anda boleh membeli filem ini dilaman-laman yang menjual filem secara online.

Related posts

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Rasmi & Poster Terbaru “Red Notice”

Kakimuvee

Trailer Uncharted Soroti Babak Yang Diambil Dari Permainan Video

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

Leave a Comment