Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Trailer “Escape Room: Tournament of Champions” Goda Permainan Yang Lebih Besar

Sony Pictures telah melancarkan trailer rasmi filem seram-thriller Escape Room: Tournament of Champions.

Diarahkan oleh Adam Robitel, Escape Room: Tournament of Champions adalah sekuel kepada filem hit Escape Room dan dijadualkan tayangan pada 16 Julai ini. 

Dalam video trailer dibawah, Taylor Russell dan Logan Miller yang kembali meneruskan peranan mereka sebagai Zoey dan Ben, mendapati bahawa mereka bukanlah satu-satunya pemenang permainan melepaskan diri. Kini, enam pemain mesti bersatu untuk mengalahkan permainan agar dapat hidup kembali. Namun, ketika mereka maju ke tingkat yang lain, mereka akan menyedari agak sukar untuk bertahan kerana setiap peringkat permainan, ianya akan menjadi semakin besar.

Dalam filem kali ini, enam orang secara tidak sengaja mendapati diri mereka terkunci dalam satu lagi rangkaian bilik melarikan diri. Ketika cuba bertahan, mereka mula menyedari bahawa mereka semua pernah bermain permainan yang sama sebelum ini. 

Turut menyertai barisan pelakon adalah Indya Moore (Pose), Holland Roden (Teen Wolf), Thomas Cocquerel (The 100), dan Carlito Olivero (Bad Samaritan). Pengarah filem terdahulu, Adam Robitel kembali menjadi pengarah untuk sekuel kali ini. Lakonlayar ditulis oleh Will Honley, Oren Uziel, Maria Melnik (Escape Room), dan Daniel Tuch, berdasarkan cerita oleh Honley, Christine Lavaf, dan Fritz Bohm.

Escape Room: Tournament of Champions akan ditayangkan di pawagam pada 16 Julai 2021.

Related posts

Gandingan Fattah Amin & Diana Danielle Dalam Kisah Percintaan Fantasi Romantik GANJIL Oleh Viu

Kakimuvee

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

TUDUM: Teaser Extraction 2 Tunjuk Nasib Chris Hemsworth Sebagai Tyler Rake

Kakimuvee

Leave a Comment