Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Enola Holmes Perkenalkan Adik Perempuan Sherlock Holmes

Netflix telah melancarkan trailer rasmi filem adaptasi arahan Harry Bradbeer berjudul Enola Holmes, yang menampilkan penggembaraan pertama Enola dalam mencari ibunya dan melarikan diri dari abangnya, Sherlock dan Mycroft Holmes. 

Dibintangi Millie Bobby Brown dan Henry Cavill, filem ini boleh distrim di Netflix pada 23 September 

Berdasarkan siri buku The Enola Holmes Mysteries tulisan Nancy Springer, Enola Homes menceritakan tentang adik perempuan Sherlock dan Mycroft Holmes yang suka memberontak. Dikurniakan akal fikiran yang bijak dan mengatasi abang-abang, dia mula menyusun langkah untuk mencari ibunya yang hilang semasa harijadinya yang ke-16. Dia cuba meminta bantuan dari abang-abang, tetapi mereka lebih berminat untuk menghantar Enola ke sekolah berbanding menyelesai kes kehilangan ibu mereka. 

Dengan kebijakan dan keberaniannya, Enola melarikan diri ke London, bertemu dengan karakter yang diingati dan akhirnya terjebak dalam konspirasi yang akan mengubahkan sejarah politik. Enola menjanjikan twist dari detektif terhebat dan keluarganya yang bijak. 

Turut menyertai barisan pelakon adalah Sam Claflin, Adeel Akhtar, Fiona Shaw, Fances de la Tour, Louis Partridge, Burn Gorman, Susan Wokoma serta Henry Cavil, dan Helena Bonham Carter.

Related posts

Kisah Persahabatan Antara Seorang Remaja & Robotnya Yang Rosak Dalam Trailer “Ron’s Gone Wrong”

Kakimuvee

LOKI: TVA Bertemu Loki Dalam Video Klip Terbaru

Kakimuvee

[TRAILER] Nevertheless Goda Kisah Romantik Antara Song Kang & Han So-Hee

Zulaikha

Critically-acclaimed Taiwanese drama Tears On Fire to stream on Netflix Malaysia on 26 June

Zulaikha

[VIDEO] Netflix Umum Tarikh Tayangan Episod Istimewa “Kingdom: Ashin of the North”

Kakimuvee

VIU Dedah Trailer Rasmi & Tarikh Tayangan “Black” Musim Ke-2

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating