
Ketika sesi panel di New York Comic Con, Toei Animation telah melancarkan trailer global untuk Dragon Ball Super: Super Hero, filem anime kedua yang ditetapkan dalam dunia Dragon Ball Super.
Trailer baru hanya menyoroti beberapa adegan yang diambil dari bahagian-bahagian filem yang sudah lengkap, tetapi turut memasukkan beberapa pendedahan terbesar, termasuklah watak-watak baru yang datang ke filem itu serta gaya animasi baru yang digunakan untuk filem itu. Anda boleh melihat trailer tersebut di bawah:
Selain itu juga, visual baru turut dipamerkan, menonjolkan dua watak yang belum lagi diumumkan: Gamma 1 dan Gamma 2. Tidak diketahui siapa watak-watak ini, tetapi nampaknya mereka akan memainkan peranan yang cukup besar. Mereka bergambar dengan sangat jelas bersama Goku dan Piccolo.
Siri anime Dragon Ball Super berakhir pada Mac 2018 selepas menyiarkan 131 episod. Walaubagaimanapun, siri manga masih lagi berjalan, dan banyak kandungan yang boleh diadaptasikan.
Ini menandakan filem kedua untuk Dragon Ball Super, yang merupakan siri sekuel yang sangat berjaya selepas Dragon Ball Z. Filem pertama, Dragon Ball Super: Broly diarahkan oleh Tatsuya Nagamine dan ditulis oleh Akira Toriyama. Filem tersebut ditetapkan selepas acara Universe Survival Saga dan menampilkan Goku dan Vegeta menentang Broly.