Official Trailer

Trailer DOOM PATROL Musim Kedua Dedahkan Pandangan Pertama Villain Terbaru

Views

DC Universe telah melancarkan trailer terbaru siri Doom Patrol musim kedua, yang menampilkan pasukan adiwira berhadapan pelbagai masalah gila termasuklah berusaha menyelamatkan Chief dari mati. Video itu juga turut memperkenalkan penjahat baru iaitu The Candlemaker dan Red Jack.

Musim kedua dijadualkan tayangan pada 26 Jun di DC Universe dan HBO Max. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

Berikutan kekalahan Mr. Nobody, anggota Doom Patrol kini mendapati diri mereka bersaiz mini dan terdampar di trek kereta lumba mainan Cliff. Di sini mereka mula menangani perasaan pengkhianatan mereka oleh Niles Caulder aka The Chief (Timothy Dalton), sambil menghadapi masalah peribadi mereka sendiri. Dan ketika setiap anggota menghadapi cabaran untuk berkembang di luar pengalaman trauma masa lalu, mereka mesti bersama-sama bersatu dan melindungi anggota keluarga terbaru: Dorothy Spinner (Abigail Shapiro), anak perempuan Niles, yang kekuatannya masih menjadi misteri tetapi mampu memberi ancaman kepada dunia.

Doom Patrol dibintangi Joivan Wade sebagai Victor Stone / Cyborg, Brendan Fraser sebagai Robotman, Matt Bomer sebagai Negative Man, Timothy Dalton sebagai Niles Caulder / The Chief, April Bowlby sebagai Elasti-Woman, Diane Guerrero sebagai Crazy Jane dan Alan Tudyk sebagai Mr. Nobody.

Siri ini ditulis oleh pencipta Supernatural, Jeremy Carver dan diterbitkan Greg Berlanti, Geoff Johns, Jeremy Carver, dan Sarah Schechter.

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares