Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer DC FanDome WONDER WOMAN 1984 Dedahkan Pertarungan Diantara Wonder Woman & Cheetah


Sempena acara DC FanDome, Warner Bros. telah mendedahkan trailer terbaru Wonder Woman 1984 yang menjanjikan aksi yang hebat. Anda boleh saksikan trailer dibawah yang turut menampilkan pandangan pertama musuh Wonder Woman iaitu Cheetah.

Melangkah pantas ke tahun 1980-an dalam pengembaraan Wonder Woman seterusnya, dia mendapati dirinya berhadapan dengan dua musuh baru, iaitu Max Lord dan Cheetah. Patty Jenkins kembali ke kerusi pengarahan, bersama-sama Gal Gadot yang memainkan watak utama sebagai Diana Prince aka Wonder Woman. 

Turut membintangi filem ini adalah Chris Pine yang meneruskan wataknya sebagai Steve Trevor; Kriten Wiig sebagai The Cheetah, Pedro Pascal sebagai Max Lord, Robin Wright sebagai Antiope dan Connie Nielsen sebagai Hippolyta. 

Charles Roven, Deborah Snyder, Zack Snyder, Patty Jenkins, Gal Gadot dan Stephen Jones bertindak sebagai penerbit, manakala Patty Jenkins mengarahkan filem ini berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh Geoff John dan David Callaham. 

Wonder Woman 1984 akan menemui penonton 2 Oktober ini.



Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee