Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Dan Poster Terbaru Black Panther

Marvel Studio telah melancarkan trailer dan poster terbaru filem superhero mereka akan datang yang berjudul Black Panther. Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah.

Sinopsis:

Selepas kematian bapa dalam event Captain America: Civil War dan terlibat dalam perang saudara diantara superhero-superhero Avengers, T’Challa yang juga raja kepada negara Wakanda telah pulang ke negara yang terletak di benua Afrika. Wakanda merupakan sebuah negara yang terasing tetapi sangat maju dari segi teknologi. Beliau telah diangkat menajdi seorang Raja bagi menggantikan tempat bapanya, namun pemerintahannya teruji apabila musuh lama muncul untuk mengganggu pemerintahan beliau. Konflik yang berlaku menyebabkan Wakanda dan seluruh dunia diancam bahaya. Berhadapan dengan musuh yang bahaya, T’Challa bersatu dengan sekutunya dan menggunakan abiliti sebagai Black Panther sebaik mungkin untuk menewaskan musuhnya dan menyelamatkan rakyat Wakanda.

Poster terbaru Black Panther

Black Panther diarahkan oleh Ryan Coogler dan diterbitkan oleh Kevin Feige bersama-sama Louis D’Esposito, Victoria Alonso, Nate Moore, Jeffrey Chernov dan Stan Lee yang bertindak sebagai penerbit eksekutif. Selain Chadwick Boseman sebagai Black Panther, ianya turut dibintangi oleh Michael B. Jordan, Lupita Nyong’o, Danai Gurira, Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Letitia Wright, Winston Duke, Angela Bassett, Forest Whitaker dan juga pelakon dalam filem Age of Ultron, Andy Serkis.

Filem superhero Marvel ini aka ditayangkan pada 16 Februari 2018

Trailer

Related posts

[VIDEO] Buaya Menyanyi Riang Ria Dalam Teaser “Lyle, Lyle, Crocodile”

Kakimuvee

Trailer “Stranger Things” Musim 4 Jld. 2 Goda Penamat Yang Dramatik

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Thor: Love And Thunder” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

“Kung Fu Panda: The Dragon Knight” Akan Ditayangkan Di Netflix Pada 14 Julai Ini

Kakimuvee

Jangan Main-Main Dengan Chris Pratt Dalam Trailer “The Terminal List”

Kakimuvee

Max Original Film FATHER OF THE BRIDE Premieres June 16 Exclusively On HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment