Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer “Cosmic Sin” Lakonan Bruce Willis & Frank Grillo

Saban Films telah melancarkan trailer rasmi filem sci-fi aksi Cosmic Sin lakonan Bruce Willis (Die Hard, Pulp Fiction) dan Frank Grillo (The Grey, Purge: Anarchy). Filem terbaru ini boleh didapati dalam bentuk digital, On Demand pada 12 Mac ini.

Willis dan Grillo membintangi penggembaran sci-fi epik terbaru pada tahun 2524, empat ratus tahun setelah manusia mula menjajah planet luar. Jeneral Tentera Bersara James Ford (Willis) dipanggil kembali berkhidmat setelah tentera di planet terpencil diserang oleh armada makhluk asing.

Ancaman terhadap umat manusia meningkat menjadi perang angkasa yang tidak dapat dielakkan. General Ford bekerjasama dengan Jeneral Eron Ryle (Grillo) dan pasukan tentera elit dalam perlumbaan untuk menghentikan serangan yang akan berlaku sebelum terlambat.

Filem ini dibintangi Brandon Thomas Lee, Corey Large, Perrey Reeves, CJ Perry, Lochlyn Munro, Costas Mandylor dan Adelaide Kane.

Advertising

Cosmic Sin diarahkan oleh Edward Drake yang turut menulis lakonlayar bersama Corey Large.

Advertising

Related posts

Netflix Lancar Teaser Pertama Siri Superhero “Jupiter’s Legacy”

Kakimuvee

Amazon Lancar Trailer Terbaru Siri Animasi “Invincible”

Kakimuvee

Pertarungan Berdarah Dalam Trailer ‘R-rated’ “Mortal Kombat”!

Kakimuvee

Saksikan Jang Dong Yoon & Kam Woo Sung Berusaha Menewaskan ‘Undead’ Dalam Teaser Terbaru “Joseon Exorcist”

Zulaikha

Emma Stone Hidupkan Watak Villain Ikonik Disney Dalam Trailer ‘Cruella’

Kakimuvee

Tonton Rakaman Terbaru Dalam Teaser “Godzilla vs. Kong”

Kakimuvee

Leave a Comment