Official Trailer

Trailer Bloodshot Lakonan Vin Diesel Telah Dilancarkan

Views

Sony Pictures telah melancarkan trailer Bloodshot adaptasi dari komik Valiant Comics yang dibintangi pelakon Vin Diesel. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

Dicipta oleh Kevin Van Hook, Don Perlin, dan Bob Layton, Bloodshot mengisahkan tentang bekas tentera, Ray Garrison yang dihidupkan dari kematian dan dipertingkatkan dengan kemajuan teknologi hasil ciptaan Spirit Technologies. Dipenuhi dengan ‘nanobots’, Ray menjadi askar yang sempurna, berkebolehan untuk sembuh dengan sendiri, menukar bentuk dan mampu untuk berinteraksi dengan segala macam teknologi. Digelar sebagai “Bloodshot”, Ray tidak mempunyai sebarang ingatan dan berjuang untuk mengentahui siapakah dirinya, sambil dibantu oleh seorang lagi pejuang yang dikenali sebagai Chainsaw.

Vin Diesel memainkan peranan utama sebagai Bloodshot dan dia dibantu beberapa pelakon lain seperti Toby Kebbell, Sam Heughan, Eiza Gonzalez, Tatulah Riley, Johannes Haukur Johannesson, Lamorne Morris, Guy Pearce dan Alex Hernandez.

Filem ini diarahkan oleh Dave Wilson, dan pernah bekerjasama dengan pengarah Deadpool, Tim Miller di Blur Studios. Dia juga mengarahkan beberapa video sinematik untuk permainan video seperti Halo 2, Mass Effect 2 dan BioShock Infinite. Calon Academy Award, Eric Heisserer (Arrival, The Thing) menulis skrip untuk filem ini. Diesel juga turut bertindak selaku penerbit bersama-sama Neal Moritz.

BACA:  Tonton Deadpool Menunggang Vespa Dalam Klip Video Dari Filem Deadpool 2

Bloodshot akan ditayangkan pada 21 Februari 2020.

shares