
Trailer pertama Black Adam telah dilancarkan semasa acara maya DC FanDome, memberikan kepada kita pandangan pertama Dwayne Johnson sebagai anti-hero utama. Anda boleh lihat trailer tersebut dibawah.
Ladies & gents…
— Dwayne Johnson (@TheRock) October 16, 2021
Enjoy your WORLD EXCLUSIVE first look⚡️
He is ruthless.
He is unstoppable.
He is the reason the hierarchy of power in the DC UNIVERSE is about to change.
He is #BLACKADAM
The Man in Black has come around…#DCFanDome@SevenBucksProd@flynnpictureco pic.twitter.com/nv4oRmaLlq
Black Adam akan dipimpin oleh Dwayne Johnson sebagai Teth-Adam atau anti-hero yang digelar Black Adam. Kisah latarbelakangnya pertama kali digoda semasa filem Shazam! yang ditayangkan pada 2019. Ini menandakan debut ‘live-action’ watak itu setelah hanya muncul dalam rancangan animasi dan filem seperti Young Justice. Adaptasi filem ini juga diharapkan dapat menampilkan pengenalan filem live-action dari Justice Society of America.
Menyertai Johnson adalah Pierce Brosnan sebagai Doctor Fate, Noah Centineo sebagai Atom Smasher, Quintessa Swindell sebagai Cyclone, dan Aldis Hodge sebagai Hawkman. Barisan pelakon lain termasuklah Sarah Shahi, Marwan Kenzari, James Cusati-Moyer, Bodhi Sabongui, Mo Amer, dan Uli Latukefu dalam peranan yang tidak didedahkan.
Berdasarkan watak Komik DC yang cipta oleh Otto Binder dan C.C. Beck, filem ini diarahkan oleh Jaume Collet-Serra (The Shallows, Jungle Cruise) dari skrip yang ditulis oleh Rory Haines dan Sohrab Noshiryani. Penerbitnya adalah Johnson, Dany Garcia, dan Hiram Garcia dari Seven Bucks Productions bersama dengan Beau Flynn dari FlynnPicturesCo, dengan Scott Sheldon mengawasi projek untuk FlynnPictureCo.
Black Adam dijadualkan tayangan pada 29 Julai 2022.