Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Trailer “Baymax!” Tetapkan Debut Spin-Off “Big Hero 6” Di Disney+ Hotstar

Disney+ telah melancarkan trailer Baymax berserta poster terbaru untuk spin off Big Hero 6 yang akan datang. 

Animasi dari Walt Disney Animation Studios ini akan berpusat pada penggembaraan solo sahabat penjagaan kesihatan kegemaran semua orang, Baymax. Siri ini dijadualkan tayangan pada 29 Jun 2022. 


“Saya rasa ia akan menyeronokkan untuk melihat Baymax berinteraksi dengan orang biasa,” ujar pencipta siri Don Hall dalam satu kenyataan. 

“Dalam setiap episod, Baymax hanya mahu membantu seseorang – dan sering kali mereka ini tidak mahu dibantu. Dia berhasrat untuk menyelesaikan isu fizikal yang dia kenal pasti, dan dalam proses itu, dia mencapai tempat yang lebih mendalam, lebih emosional dan boleh menjadi hampir transformatif dalam peranannya.”

Baymax! menandakan siri animasi pertama dari Walt Disney Animation Studios. Ia akan menampilkan suara Scott Adsit, Ryan Potter dan Maya Rudolf ketika mereka memainkan semula peranan masing-masing sebagai Baymax, Hiro Hamada, dan Aunt Cass dari filem tahun 2014 yang telah memenangi Oscar. Menyertai mereka ialah Emily Kuroda, Lilimar, Zeno Robinson dan Jaboukie Young-White.

“Siri terbaharu penjagaan kesihatan kembali ke bandar San Fransokyo yang hebat, di mana robot pendamping penjagaan kesihatan yang mesra, kembung, tidak dapat ditiru, Baymax, berusaha untuk melakukan apa yang telah diprogramkan kepadanya: membantu orang lain,” menurut sinopsis.

Spin-off ini dicipta oleh pengarah asal Don Hall, dengan Dean Wellins, Lissa Treiman, Dan Abraha dan Mark Kennedy (Ep 5) berkhidmat sebagai pengarah. Lakon layar ditulis oleh Cirocco Dunlap.

Berdasarkan komik Marvel dengan nama yang sama, Big Hero 6 diarahkan oleh Don Hall dan Chris Williams dari lakon layar oleh Jordan Roberts, Robert L. Baird dan Daniel Gerson. Pengembaraan komedi yang penuh aksi ini turut dibintangi oleh Ryan Potter sebagai Hiro Hamada, Jamie Chung sebagai Go Go Tomago, Damon Wayans Jr. sebagai Wasabi, T.J. Miller sebagai Fred, Genesis Rodriguez sebagai Honey Lemon, dan Daniel Henney sebagai Tadashi.

Filem asal segera menjadi hit dengan meraih AS$650 juta di box office seluruh dunia. Selain itu juga, ia mendapat penerimaan yang cukup baik dan berjaya membawa pulang trofi Filem Animasi Terbaik di Anugerah Oscar.

Related posts

[VIDEO] Nathalie Emmanuel Terperangkap Dalam Perkahwinan Pontianak Dalam Trailer “The Invitation”

Kakimuvee

Filem Bertema Keagamaan “Cinta Subuh” Akan Menemui Penonton Seminggu Sebelum Hari Raya Aidildha

Kakimuvee

HBO Dedah Poster Rasmi “House of the Dragon”

Kakimuvee

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Leave a Comment